Oct 6, 2015

PayPal – Pertanding Futsal 2015 sempena Hari Sukan Negara

Sambutan Hari Sukan Negara adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan dengan matlamat untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat di kalangan rakyat Malaysia. Acara tahunan ini telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu kedua bulan Oktober secara tahunan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Selain menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif, sambutan Hari Sukan Negara ini juga bertujuan menyatukan rakyat Malaysia dengan penglibatan dari sektor awam, swasta dan umum dalam pelbagai acara-acara sukan yang akan dijalankan di seluruh negara.

PayPal menganjurkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan sepanjang tahun untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal kakitangan. Bagi meneruskan usaha ini dan sebagai sokongan terhadap inisiatif sambutan Hari Sukan Negara, PayPal dengan bangganya akan menganjurkan Kejohanan Futsal PlayPal 2015, satu pertandingan persabatan antara rakan sekerja untuk menggalakkan budaya kerja berpasukan yang baik serta mengenali bakat sukan dikalangan kakitangan PayPal.

PayPal adalah peneraju global dalam sistem pembayaran online dengan jumlah pendapatansebanyak US$92 juta pada tahun 2010 – lebih kurang 15% dari e-Commerce global dan 16.5% dari e-Commerce di Amerika Syarikat.

Platform pembayaran global PayPal boleh didapati di 203 buah negara dan 26 jenis mata wang - menggalakkan perbelanjaan dan penerimaan bayaran dengan selamat merentasi sempadan dan halangan bahasa.

Paypal adalah salah satu kaedah pembayaran online yang popular di Malaysia dengan menerima bayaran untuk jenama terkenal seperti GSC, TGV Groupon, Lazada dan Zalora. PayPal Malaysia telah diiktirafkan ‘Most Creative Contact Center in Malaysia’ pada tahun 2013, dan mendapat anugerah tertinggi dalam ‘Human Resources Excellence Awards’ pada tahun 2014.

PayPal Malaysia Global Operations Center mempunyai lebih daripada 600 kakitangan dan kini sedang mengadakan pengambilan jawatan kosong dengan peluang kerjaya yang menarik.

Untuk maklumat lanjut tentang jawatan terbuka/kosong, sila layari paypal.com/my/wearehiring

Untuk mendapatkan maklumat tentang budaya tempat kerja PayPal dan aktiviti-aktiviti yang seterusnya, sila layari laman facebook.com/PayPalCareersAPAC

No comments:

Post a Comment