Di Malaysia, kemelut dengan berat badan bukanlah satu konsep baru, dengan Malaysia dikenalpasti sebagai satu dari negara Asia yang mempunyai kadar obesiti tinggi. Dengan angka mereka yang mengalami obes di dalam negara semakin meningkat, Hari Sukan Negara diwujudkan sebagai inisiatif kerajaan untuk memacu ke arah negara yang lebih sihat.
Begitupun, perjuangan atau cabaran untuk mengatasi masalah berat badan seseorang bukan selalunya satu tugas yang mudah.
Sovita Sonia, jurutera CS berusia 28 tahun berkongsi pengalaman peribadinya berdepan pelbagai kata hinaan tanpa belas berikutan masalah berat badannya : “Berat saya lebih 115kg ketika itu, pada 2012. Melihat pada penimbang, saya tahu saya perlu melakukan sesuatu tentang berat tetapi ia bukan mudah. Apabila kali pertama mula berlari di sekitar taman saya ingat ada lelaki mengejek, 'Dah gemuk, lagi nak lari’?
Kata-kata sindiran mungkin membawa kepada kekecewaan untuk terus berjuang menangani cabaran tetapi bagi seorang ibu dan pensyarah berusia 30 tahun, Elena, persepsi masyarakat dan pandangan sinis menyemarakkan lagi semangatnya untuk meneruskan misi pembaikpulihan menyeluruh terhadap berat badannya.
Untuk mula menjalani gaya hidup yang lebih sihat bukannya mudah, pada ketika di mana seseorang itu mengalami krisis keyakinan yang teruk dan hilang motivasi diri. Tetapi apabila anda mempunyai rakan-rakan berfikiran sama serta berkongsi matlamat dan objektif hidup yang sama, ianya bertindak sebagai faktor pendorong untuk melakukan perubahan. Di kem Daily Muscle, Sovita dan Elena menemui apa yang masing-masing paling perlukan dalam memastikan mereka terus bermotivasi menangani kemelut kecergasan.
Sistem Kawan
“Seperkara mengenai kem ini yang cukup saya suka adalah kami memberi sokongan antara satu sama lain, memberi motivasi satu sama lain, dan membantu satu sama lain untuk melakukan yang terbaik. Jika seorang daripada kami tidak dapat menamatkan larian satu pusingan, semua akan berlari satu lagi pusingan sebagai memberi galakkan kepada kawan tersebut," jelas Sovita.
Rejim senaman
Bukan hanya kem berfokuskan kardio yang menjadi bentuk senaman yang dilalui dua wanita besi ini tatkala Sovita dan Elena turut mengikuti yoga, larian dan mendaki.
“Saya bersenam dari Isnin, Rabu, Khamis, dan Jumaat, secara kasarnya selama sejam buat yang berat dan sejam lagi lakukan yoga. Saya cuba adunkannya dengan Zumba. Pada hujung minggu, saya pergi berjogging atau mendaki bersama kawan. Tapi untuk Hari Sukan Negara, saya rasa saya akan cuba marathon”
Bergelar ibu, Elena berkata ianya bukan mudah meninggalkan anaknya untuk menghadiri senaman. “Sebelum ada anak, mudah untuk sertai kelas di kem dan luangkan masa memberi semangat satu sama lain dan berbual-bual. Tetapi sekarang, keutamaan berubah dan saya cuba luangkan lebih masa bersama anak. Jadi satu daripada senaman terbaik bagi saya adalah menonton video yoga tersebut dan praktikannya di rumah. Ada ketika dia sertai ibunya lakukan yoga!”
Pelan Pemakanan
Seperti kata pakar, badan yang cantik adalah dibentuk dari 10% senaman dan 90% pemakanan yang baik. Cabaran terbesar bagi Sovita dan Elena apabila ia berkenaan pemakanan sudah tentunya masalah yang turut sama dihadapi semua rakyat Malaysia lain - singkirkan karbohidrat. Nasi adalah sebahagian keperluan pemakanan, terutamanya di Malaysia, tetapi dua wanita ini membuktikan ia adalah langkah penting untuk turunkan berat.
Menurut Sovita, “Kali terakhir saya mengambil karbohidrat adalah waktu saya menipu dulu. Sebelum saya amalkan penjagaan makanan, saya perlu akui nasi adalah kelemahan utama saya. Saya gemar makan nasi dalam kuantiti yang banyak. Sejak saya tidak lagi ambil karbohidrat, saya sedar akan perubahan pada tubuh badan saya.”
Begitupun, apabila anda adalah satu-satunya di kalangan rakan-rakan yang menjaga pemakanan, akan ada godaan yang kembali mempengaruhi untuk menjadi rakus.
“Saya berterima kasih mempunyai kumpulan kawan-kawan hebat yang cukup suportif terhadap diet saya. Baru-baru ini kami keluar makan malam dan kesemua menjamu tomyam dan nasi, tetapi ia tidak mengganggu saya kerana kawan-kawan saya cukup baik dan pesan versi makanan yang sihat yang sama sedapnya untuk saya."
Disiplin banyak membantu Sovita dan Elena untuk menjaga perancangan diet mereka. Selepas mengharungi pelbagai rejim senaman berat dan menyakitkan serta pengambilan makanan terkawal, adakah ianya berbaloi?
Tegas Sovita, “Sudah tentu ianya sangat berbaloi. Setelah apa yang dilalui, sekarang bila saya lihat diri sendiri saya rasa lebih yakin, dari segi penampilan. Saya kagum dengan keupayaan kecergasan saya. Sebelum ini saya mahu berlari pun tidak boleh tetapi kini saya boleh melakukan marathon. Sebenarnya, apabila bercakap mengenai kecergasan dan menjalani gaya hidup sihat, tidak ada tarikh tertentu. Anda perlu mula sekarang.”
“Saya setuju. Bersenam buatkan saya rasa gembira. Saya sukakan perasaan untuk mencapai perkara baru. Tetapi bagi ibu-ibu baru yang sudah biasa menjalani gaya hidup aktif, buat perubahan secara perlahan-lahan dan jangan terlalu menekan diri sendiri,” ujar Elena, yang telah berjaya menurunkan 30kg dalam tempoh setahun setengah. Ianya bukan mengenai sepantas mana anda capai sasaran atau destinasi anda, tetapi apa yang anda tempuhi dalam perjalanan itu yang dikira.
Misi seorang wanita adalah menjadi pendorong kepada saudara wanita mereka. Ikuti contoh yang sempurna bersama dua wanita cantik ini tatkala mereka terus menjadi inspirasi dan mendorong kita menerusi kisah kejayaan mereka di dalam menjalani gaya hidup yang sihat.
No comments:
Post a Comment