Oct 6, 2015

CELEBRITY FITNESS MENYAHUT INISIATIF HARI SUKAN NEGARA

Celebrity Fitness mengumumkan inisiatif-inisiatif kecergasan yang bakal berlangsung di semua rangkaian kelab Celebrity Fitness seluruh Negara yang akan di buka kepada orang ramai selama dua hari berturut-turut sempena Hari Sukan Negara bermula9 Oktober hingga 10 Oktober 2015

 
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Hari Sukan Negara merupakan suatu inisiatif kerajaan yang dijadikan agenda nasional sebagai langkah proaktif untuk meningkatkan kesedaran rakyat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan kekal cergas.
Katanya, keraian sulung Hari Sukan Negara ini menyasarkan tiga juta rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam sambutan serentak di seluruh Negara.

Selaras dengan itu, Celebrity Fitness menjemput orang ramai untuk bersama-sama menjayakan sambutan ini sambil memulakan gaya hidup sihat bersama rakan-rakan dan keluarga tersayang.
Antara tarikan utama sempena Hari Sukan Negara adalah Celebrity Fitness Open Day di semua cawangan Celebrity Fitness seluruh Negara.Semua orang dijemput kepusat kecergasan Celebrity Fitness untuk bersama-sama menyahut inisiatif Hari Sukan Negara.

Selain itu, orang ramai juga boleh menikmati tawaran khas Family PT iaitu perkhidmatan jurulatih peribadi selama sejam untuk hanya RM50 bagi setiap keluarga (maksimum 4 orang).
Celebrity Fitness juga akan mengadakan kelas latihan istimewa di kawasan STRIKE khas serta kelas Zumba khas di semua kelab Celebrity Fitness pada 10 Oktober 2015, dan akan dibuka kepada orang ramai. Pelbagai tawaran hebat serta aktiviti-aktiviti kecergasan menarik seperti BodyCombat, BodyPump, BodyStep, Zumba, Bhangra Jam, Sh’bam, Floating Yoga dan RPM menanti semua.

Celebrity Fitness yakin rangkaian pusat kecergasan yang terpantas berkembang di Asia, baru-baru ini juga diiktiraf sebagai Malaysia Health Company of the Year oleh Frost & Sullivan Malaysia.

No comments:

Post a Comment