Menurut laporan The Lancet, jurnal perubatan British pada 2014, 49% wanita dan 44% lelaki di negara ini adalah dalam kategori lebih berat badan. Statistik yang cukup membimbangkan.
Tetapi ia diburukkan dengan fakta bahawa Malaysia mempunyai kadar obesiti dan diabetes tertinggi di Asia Tenggara dan di kedudukan keenam di rantau Asia Pasifik bagi Obesiti.
Menerusi kenyataan itu, adakah tubuh badan yang langsing semata-mata menjamin seseorang mempunyai tubuh badan yang sihat? Walaupun ianya betul obesiti adalah indikasi yang jelas bagi kesihatan yang teruk, mereka yang tidak termasuk dalam kategori itu silap jika mengabaikan senaman kerana terdapat pelbagai masalah kesihatan lain yang boleh dibawa dengan menjalani gaya hidup yang tidak aktif.
Begitupun, cabaran terbesar bagi kebanyakan orang adalah mereka cenderung untuk mengganggap bersenam sebagai satu tugasan berbanding rutin kehidupan harian. Ini adalah sesuatu yang Khoo dan Phee percaya perlu diatasi oleh rakyat Malaysia dengan apa cara sekalipun.
“Perkara yang penting adalah untuk mengekalkan keseimbangan di antara kerja, kesihatan dan kehidupan sosial. Sebenarnya, bersenam hanya untuk beberapa hari seminggu dapat membawa perubahan yang besar," kata Khoo yang sedang melanjutkan pengajian dalam dua ijazah - Hubungan Awam dan Pemasaran di Universiti Taylor.
Pemenang pingat emas Sukan SEA berusia 18 tahun, Phee turut senada dengan menyatakan bahawa, “Sukan perlu dijadikan bahagian yang penting dalam kehidupan harian kita. Larian pendek atau berjalan di taman kejiranan anda sekitar satu atau dua jam seminggu adalah cara terbaik untuk bermula. Sebagai seorang pelajar, saya cuba untuk mengekalkan gaya hidup seimbang dengan membahagikan masa antara sukan, pelajaran dan keluarga.”
Mencari sumber inspirasi
Apa yang mendorong anda? Sama ada untuk meningkatkan daya tarikan fizikal anda, untuk mengharumkan nama negara di pentas sukan antarabangsa atau untuk kekal sihat demi yang tercinta, pastinya ada sesuatu yang menjadi inspirasi setiap orang. Mencari inspirasi yang tepat untuk memberi anda motivasi adalah azimat yang cukup berguna dalam usaha mencapai sasaran.
“Saya didorong oleh peluang untuk mengharumkan nama negara dan saya seorang yang begitu menggemari renang. Apa sekalipun, permulaan adalah sentiasa sukar, jadi tetapkan sasaran yang realistik dan berusaha untuk mencapainya. Ada yang berdepan masalah untuk naik berat badan manakala ada yang bermasalah menurunkannya. Setiap orang mempunyai masalah. Jangan berputus asa,” jelas Khoo.
Bagi sesetengah seperti Phee, sukan dapat memberikan mereka kebebasan sementara daripada segala masalah di dunia.
“Saya sangat suka berenang. Apabila saya di dalam air, saya berupaya untuk melupakan segalanya seperti tekanan dan tugasan kolej. Ianya hanya saya dan air.”
Masanya bermula sekarang
Dengan Hari Sukan Negara 2015 hanya beberapa minggu sahaja lagi, gadis muda berbakat besar ini percaya ianya adalah peluang terbaik buat kebanyakan rakyat Malaysia untuk memulakan langkah mereka.
“Kempen ini dapat menggalakkan orang ramai untuk bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Ianya adalah penting untuk kita mempunyai komuniti yang sihat kerana jika tidak, kita tidak akan mampu mencapai potensi penuh kita sebagai sebuah negara," ujar Khoo, yang pernah mengharumkan nama negara pelbagai kejohanan antarabangsa, termasuk mewakili negara di Sukan Olimpik 2008 dan 2012.
Phee, juga melihat inisiatif Kementerian Belia dan Sukan ini sebagai langkah positif untuk masa depan.
“Saya yakin bahawa kempen besar-besaran di seluruh negara ini akan menjadi satu langkah yang hebat untuk menyatukan masyarakat dan menunjukkan mereka sisi menghiburkan aktiviti sukan".
Lebih tiga juta rakyat Malaysia dijangka mengambil bahagian dalam sambutan di seluruh negara dengan lebih 4,435 program sukan dan kecergasan telah dirangka. Antara acara yang ditunggu-tunggu adalah Spartan Race, The Music Run, Triathlon Antarabangsa PD, Score Fitmob, ekspo sukan dan lumba basikal kebangsaan.

No comments:
Post a Comment