Oct 6, 2015

Bersempena dengan Hari Sukan Negara, KFit Menggalakkan Rakyat Malaysia Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

Selaras dengan misi KFit untuk membentuk masyarakat yang cerdas dan cergas, KFit telah mengumumkan usahasama dengan Hari Sukan Negara 2015, suatu inisiatif yang dimulakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

“Hanya 30% dari rakyat Malaysia aktif bersukan. Ia satu angka yang amat mengejutkan”, kata Mellissa Lee, Pengurus Pemasaran KFit. “Dengan menggunakan alasan sebagai sibuk, mereka mengabaikan kecergasan fizikal. KFit percaya, jika kecergasan fizikal diberi keutamaan, kesemua halangan adalah alasan semata”.

Sebahagian daripada rancangan untuk mencapai objektif ini adalah dengan menjadikan aktiviti kecergasan suatu aktiviti yang seronok, mudah dan berpatutan. "KFit mahu membantu mereka mengetahui minat mereka supaya mereka tidak menganggap aktiviti kecergasan adalah satu beban", kata Lee.

KFit merupakan keahlian yang memberi akses kepada lebih daripada 430 gimnasium dan pusat-pusat kecergasan di sekitar Kuala Lumpur. Ahli-ahli KFit boleh mencuba pelbagai aktiviti yang berbeza setiap hari, dan menyertai kelas mengikut masa dan lokasi yang sesuai. Terdapat lebih daripada 500 kelas, kemudahan dan gimnasium yang boleh disertai setiap hari, bermula seawal pukul 5 pagi sehingga selewat pukul 10 malam.
Dengan usahasama Hari Sukan Negara 2015, KFit menawarkan promosi terhad untuk rakyat Malaysia dengan harga RM39 sahaja untuk bulan pertama KFit dengan menggunakan kod promosi JOMKFIT.

Selain daripada itu, ahli KFit juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik hanya dengan mengambil bahagian dalam salah satu daripada langkah-langkah berikut (1) Sertai sekurang-kurangnya 3 aktiviti KFit berlainan kategori, (2) Ambil gambar semasa bersenam dan kongsikan di laman sosial menggunakan ‘hashtag’ #JomKFit, (3) atau sertai kelas KFit semasa Hari Sukan Negara berlangsung (10 Oktober 2015).

"Dengan pelbagai aktiviti yang ditawarkan seperti Yoga, Muay Thai, Zumba, Bootcamp dan lain-lain lagi, kami berharap masyarakat Malaysia tidak lagi menganggap aktiviti kecergasan adalah satu aktiviti yang sukar dan membosankan”, tambah Lee.

No comments:

Post a Comment