Oct 6, 2015

KARNIVAL “HARI SUKAN NEGARA” DI AL-IKHSAN

Kini sedang menjalankan Karnival Hari Sukan Negara di semua cawangan Al-ikhsan seluruh Malaysia. Memandangkan Al-ikhsan Sports Sdn. Bhd. adalah Peruncit Barangan Sukan No 1 di Malaysia dan bersempena dengan karnival ini, Al-ikhsan telah mengadakan JUALAN HARI SUKAN NEGARA secara besar-besaran. Di samping dengan JUALAN ini, Al-ikhsan juga tidak ketinggalan untuk membuat “CLEARANCE SALE” untuk pelbagai produk sukan dari pelbagai jenama yang terbaik. Untuk menghargai seluruh pelanggan setia Al-ikhsan di Malaysia, Al-ikhsan juga memberikan pelbagai hadiah istimewa dan peluang untuk membeli barangan sukan dengan HARGA MENJUNAM pada sesi “ HAPPY HOUR” yang akan akan adakan di semua cawangan Al-ikhsan mengikut masa yang telah dirancangkan. 

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Y.B. Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan kerana telah sudi melancarkan KARNIVAL HARI SUKAN NEGARA ini di cawangan Al-ikhsan Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Petaling Jaya pada Sabtu 19 September 2015 yang lalu. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sewaktu pelancaran ini.

Karnival HARI SUKAN NEGARA ini juga akan di meriahkan lagi di Seremban, Negeri Sembilan dengan pembukaan semula cawangan Al-ikhsan di SEREMBAN 2 pada 3 dan 4 Oktober nanti. Pelbagai aktiviti menarik dengan jualan yang “GILA-GILA” telah dirancangkan sempena pembukaan ini nanti. Pembukaan semula ini adalah bertujuan untuk memberikan lebih keselesaan, ruang yang lebih besar dan suasana membeli belah yang sangat harmoni kepada para pelangan Al-Ikhsan. 

Di peringkat global pula, Al-ikhsan juga tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam PIALA DUNIA RUGBI 2015 yang kini sedang rancak berlansung. Al-ikhsan telah membawa pelbagai kelengkapan ragbi dari Head gear, Glove, Jersi, Polo T-Shirt, Short pants, stoking, but dan bola ragbi. Dan dalam musim PIALA DUNIA RAGBI 2015 ini, sudah tentulah Jersi Replica Negara adalah menjadi keutamaan para peminat RAGBI seluruh Malaysia. 

Al-ikhsan membawa Jersi Replica dari jenama seperti CANTERBURY, BLK, ASICS dan ADIDAS. Antara jersi pasukan tersebut adalah dari pasukan Samoa, South Africa, Ireland, New Zealand, Jepun, Romania, Fiji, USA, England dan Australia. Untuk peminat RAGBI di Malaysia juga, anda boleh dapatkan JERSI RAGBI SKUAD KEBANGSAAN MALAYSIA dari jenama CANTERBURY yang sangat menarik dengan rekaan yang terkini dan kualiti yang terbaik.

No comments:

Post a Comment