Oct 6, 2015

Kementerian Belia dan Sukan Melancarkan Jualan Hari Sukan Negara di Stadium RSH Mid Valley Megamall

Majlis Perlancaran Jualan Hari Sukan Negara telah diadakan di Stadium RSH Mid Valley Megamall pada Sabtu yang lepas. Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah merasmikan Jualan HariSukan Negara dengan objektif untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mempersiapkan diri bagi merancakkan lagi sambutan Hari Sukan Negara yang bakal menjelang pada 10hb Oktober 2015. RSH (Malaysia) SdnBhd turut mengambil bahagian dalam jualan ini yang akan berlangsung selama sebulan sehingga 18hb Oktober 2015.

Walaupun dengan jadual yang padat, YB Khairy juga menjadi contoh dan teladan untuk menyiapkan diri beliau demi menyambut Hari Sukan Negara dengan meluangkan masa untuk membeli barangan sukan di Stadium RSH Mid Valley Megamall. Antara barangan dan alatan sukan pilihan YB Khairy adalah kasut Reebok Terrain, Glove tangan Reebok Spartan, stokin jenis khas larian Nike, kasut Puma dan raket badminton Babolat untuk anak beliau, Jibriel Ali yang berjumlah lebih kurang RM 600 selepas diskaun.

RSH menawarkan pakaian dan kelengkapan sukan yang unggul dari jenama-jenama terkemuka untuk peminat sukan serta atlet profesional.Sebanyak 150 buah premis RSH di seluruh negara yang berkonsepkan Royal Sporting House, Stadium, Studio R, Reebok, Vans, DC Shoes, Samba, Quiksilver & Roxy, Nike, Adidas, Sports Station, Bossini, Nautica, Golf House dan Pro Shop turut menyertai Jualan Hari Sukan Negara. Diskaun sebanyak 50% akan diberikan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti sukan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Om Prakash Gupta berkata bahawa pihak RSH berharap dengan penglibatan sambutan Hari Sukan Negara ini, ianya dapat memupuk rakyat Malaysia untuk mengamalkan dan menyemai gaya hidup sihat seiring dengan saranan Kerajaan demi kesejahteraan rakyat yang lebih sihat dan produktif dalam pembangunan negara.

RSH juga akan turut terlibat sama dalam acara Reebok Spartan Race yang telah dijadikan sebagai salah satu acara utama sempena Hari Sukan Negara itu. Reebok Spartan Race adalah larian halangan yang terkemuka di dunia yang akan berlangsung pada 10hb Oktober 2015 ini.

Semasa sidang media berjalan, beliau bergurau dengan mengatakan misi Reebok Spartan Race adalah untuk memberi inspirasi kepada rakyat untuk menguji kekuatan fizikal dan mental mereka serta mengubah cara kehidupan mereka melalui sukan larian halangan dengan moto "You’ll know at the finish line". Acara larian halangan ini akan mencungkil potensi keupayaan baru di luar jangkaan pelumba. Lebih 10,000 peserta dan penonton dari setiap lapisan masyarakat, tanpa mengira umur dan bangsa di seluruh Malaysia dianggarkan bakal menyertai acara ini.

Tambahan pula, penyertaan Reebok Spartan Race akan diberi secara percuma bagi setiap pembelian barangan Reebok Spartan, kasut Reebok All Terrain dan kasut Reebok One Series berharga RM 250 dan ke atas di kedai-kedai Reebok dan RSH.

No comments:

Post a Comment