Oct 6, 2015

HariSukan Negara- Westports Malaysia

Kementerian belia dan sukan telah memulakan sebuah projek iaitu hari sukan Negara yang akan diadakan pada oktober 10, 2015 untuk mengalakkan kehidupan yang sihat dan cergas antara masyarakat Malaysia.

Acara tersebut yang diadakan selaras dengan bajet 2015 untuk mentransformasikan negara kita bagi kebaikan semua, terutamanya masyarakat Malaysia biarpun di sector awam atau swasta, adalah untuk mengalakkan penglibatan diri dalam aktiviti cergas bagi mengelakkan diri dari pada sebarang penyakit yang tidak diingini serta mengukuhkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Westports Malaysia yang merupakan salah satu pelabuhan yang paling sibuk di dunia telah pun hari ini menunjukkan komitmennya sekali lagi dengan kerajaan dan kementerian belia dan sukan dalam menganjurkan hari sukan Negara ini.

Pada oktober 10, 2015, Westports akan melancarkan beberapa aktiviti sukan untuk pekerjanya, pelanggannya dan penduduk di sekitar pulau Indah. Oleh sebab terdapat beberapa aktiviti sukan yang sudah dirancangkan bersempena hari sukan Negara, Westports telah memutuskan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ini selepas hari istimewa tersebut.

Sebenarnya Westports telah lama mengamalkan sifat kehidupan yang sihat melalui pelbagai aktiviti sukan yang dianjurkan oleh kelab sukan Westports. Pengamalan sifat hidup yang sihat ini boleh juga boleh dilihat di tingkat 13 di bangunan utamanya di manasebuah gimnasium serta rawatan fisioterapi telah ditetapkan di tingkat tersebut bagi mengalakkan sifat kecergasan dan memulihkan mereka yang mempunyai sakit sendi and otot. Malah adalah menjadi kenyataan bahawa anjuran aktiviti-aktiviti sukan sempena hari sukan Negara bukannya suatu fenemona yang baru bagi warga Westports.

Pada hari tersebut, tiga aktiviti utama iaitu westports Dragon Basketball Tournament, Cross Country Run dan fit for Malaysia, telah pun dijadualkan untuk dijalankan sekaligus.Pengatur acara aktiviti-aktiviti sukan diurus and dikendalikan oleh jabatan-jabatan dalam organisasi.

Bagi kejohanan bola jaring, jabatan pemasaran and Komersial merupakan jabatan yang bertanggungjawab untuk melancarkan aktiviti ini dan ia akan melihat 16 syarikat perkapalan mengemukakan tiga pemain, tidak kira mereka professional atau pun tidak, dalam sebuah pasukan dalam acara ini di Setia Badminton Academy antara 0800 dan 1600 jam.

Bagi memeriahkan aktiviti ini, Westports akan memasukan seorang pemain profesional dari Westports’ Dragon dalam setiap pasukan tersebut yang akan dimainkan mengikut format round robin sebelum keperingkat knockout. Pihak Westports menganggarkan penyertaan peserta sebanyak 300 orang termasuk penyokongnya.

Objektif aktiviti ini adalah untuk mempromosikan kegiatan senaman and kehidupan yang sihat dan cergas antara satu sama lain.

Satu lagi aktiviti yang akan juga diadakan pada hari tersebut adalah Fit for Malaysia. Acara ini akan melibatkan 150 peserta yang akan berlari dua pusingan sekitar bangunan utama- Tower A. Pada setiap pusingan, peserta dikehendaki melalui senaman di keenam-enam peralatan sukan di Taman Kecergasan sebelum meneruskan pusingan kedua.Acara ini boleh diklasifikasikan sebagai “obstacle race”.

Fenomena ini mungkin sukar bagi sesetengah peserta. Oleh sebab itu, jabatan maklumat teknologi dan konvensional yang berpadu untuk menganjurkan acara ini telah memasukan peserta dalam beberapa pasukan yang merangkumi 15 orang setiap kumpulan supaya peserta dapat memotivasikan satu sama lain kegarisan penamat.

Acara ketiga yang akan Westports lancarkan pada hari sukan Negara merupakan pertandingan merentas desa. Acara perlumbaan ini akan lihat seramai 300 pelajar di Pulau Indah berlari mengikut segmen mereka yang tertentu dalam lima, empat dan tiga kilometer antara 0730 dan 1200 jam.

Dianjurkan oleh jabatan Polis Pelabuhan Westports, objektif program ini sama dengan dua aktiviti sukan yang lain tetapi kali ini ia menyasarkan pelajar sekolah di sini untuk memupuk elemen kehidupan yang sihat dan cergas.

Bagi aktiviti-aktiviti sukan yang akan dilaksanakan selepas hari tersebut, Westports telah mengaturkan tiga aktiviti, iaitu- Walkathon for Employees, Aerobics and Mr Westports & Mr Body Smart.

Enam hari selepas hari sukan Negara, jabatan kewangan akan melancarkan sebuah ceramah tentang gaya hidup sihat oleh jurulatih gim dan diikuti oleh senam robik untuk 150 warga Westports. Walaupun aktiviti ini akan diadakan dalam bangunan Westports, aktiviti ini tetap dibuka kepada agensi kerajaan dan penduduk di Pulau Indah.

Bagi program Mr Westports & Mr Body Smart, jabatan sumber manusia menganjurkan acara ini bagi memaklumkan kepada orang ramai tentang kepentingan bersenam dan mempunyai fizikal yang sempurna.

Program ini juga disasarkan untuk mendisiplinkan kakitangan Westports untuk mencapai matlamat yang diingini untuk pertandingan ini pada December 18. Pemenang acara ini akan dikaji dan disemak berdasarkan definisi otot, jisim badan, “stage presence” dan elemen-elemen lain.

Dengan adanya acara merentas desa and Fit for Malaysia, warga Westports juga akan mengadakan walkathon sejauh 5km yang akan diadakan pada September 26 antara 0700 dan 1100 jam.

Objektif acara ini, yang dianjurkan oleh jabatan kontena, adalah sama dengan aktiviti-aktiviti lain iaitu untuk memupuk semangat bersenaman di kalangan orang ramai. Program ini menyasarkan sebanyak 200 kakitangan untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini yang dijangka penuh dengan keseronokan.

No comments:

Post a Comment