Oct 6, 2015

HerbaLife - Hari Sukan Negara

Herbalife merupakan sebuah syarikat nutrisi global yang telah mengubah kehidupan orang ramai dengan membantu mereka mencapai hidup yang sihat dan aktif serta memberikan mereka peluang untuk mencapai kejayaan dari segi kewangan.Produk kami boleh didapati secara eksklusif melalui rangkaian Ahli Herbalife Bebas yang berdedikasi di seluruh dunia.

Produk-produk Herbalife dibangunkan dengan bimbingan dan panduan daripada Kepimpinan Saintifik kami yang terdiri daripada pakar-pakar dalam nutrisi dan kesihatan dari seluruh dunia, termasuk Lou Ignarro, Ph.D. – penerima Anugerah Nobel dalam Perubatan.

Herbalife menitikberatkan falsafah Gaya Hidup Sihat dan Aktif dalam kalangan ahli dan pengedar bebas Herbalife.Tujuannnya ialah untuk menginspirasikan orang ramai mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk mempertingkatkan kecergasan dan kesihatan mental dan fizikal mereka. Herbalife telah menganjurkan pelbagai aktiviti kecergasan di beberapa bandaraya di seluruh Malaysia di mana para peserta berkongsi pengetahuan tentang nutrisi, menjalin tali persahabatan dan memupuk semangat kemasyarakatan sesama mereka.

Pada 1 Mac 2015, Herbalife telah berjaya mencatat Rekod Dunia Guinness bagi Senaman Serentak Sedunia. Ia merupakan satu pencapaian yang menakjubkan bagi bilangan peserta dalam senaman High Intensity Interval Training (HIIT) yang diadakan serentak dalam masa 24 jam di lokasi berbilang. Beribu-ribu Ahli Bebas Herbalife, warga kerja Herbalife, rakan-rakan dan ahli keluarga di seluruh dunia mengambil bahagian dalam Senaman Rekod Dunia, senaman paling besar dalam sejarah Herbalife. Di Malaysia, hampir 2,000 peserta turut serta menjayakan acara ini ke tahap rekod dunia. Pada akhir sesi 45-minit senaman, peserta dihidangkan minuman shake bernutrisi yang menyegarkan untuk memulihkan daya kekuatan mereka.

Di samping itu, Herbalife Malaysia turut menjadi Penaja Nutrisi Rasmi pasukan Olimpik Khas Malaysia ke Sukan Olimpik Musin Panas Dunia pada 25 Julai 2015 di Los Angeles, California. Sebagai penaja nutrisi, Herbalife Malaysia membekalkan setiap 42 atlet dengan“Start Now Pack” dan Pakaian Herbalife untuk bertanding dalam enam acara sukan.

Sempena acara sukan Hari Sukan Negara, Herbalife akan memberi sumbangantajaan produk Herbalife yang merangkumi Herbalife Shake dan suplemen bernilai sebanyak RM20,000.

Pada 10 Oktober 2015, Herbalife akan mengadakan pelbagai aktiviti Gaya Hidup Aktif dan Sihat yang meliputi sesi senaman, aktiviti kecergasan serta sesi pengurusan berat badan di beberapa lokasi tertentu di seluruh negara. Adalah dianggarkan lebih daripada 500 orang akan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan ini.Pengamalan gaya hidup yang aktif dan sihat boleh mengurangkan stres, menjadikan seseorang itu lebih berfokus dan lebih produktif semasa bekerja di samping meningkatkan keyakinan dan kesejahteraan diri.

No comments:

Post a Comment