KERINDUAN terhadap keluarganya yang dipisahkan beribu
batu di benua berlainan jelas menggamit perasaan penjaring terbanyak Angkatan
Tentera Malaysia (ATM), Marlon Alex James.
Sejak tiba Malaysia, Disember lalu untuk beraksi
bersama pendahulu Liga Perdana itu, penyerang import itu masih belum
berkesempatan pulang ke tanah airnya, St Vincent & The Grenadines di
kepulauan Carribbean untuk berada di sisi isteri dan anak perempuannya.
Namun, Marlon, 35 mahu mengenepikan perasaan rindu
yang menebal itu untuk terus memacu ATM ke kejuaraan Liga Perdana dengan
menumpukan terhadap tempoh ujian getir yang bakal diharungi selepas ini.
“Sudah lama saya tidak menjenguk isteri dan anak
saya. Saya berharap dapat pulang selepas perlawanan Sime Darby.
“Kita akan berehat lama selepas perlawanan itu dan
saya berharap pengurusan dapat berbesar hati memberikan saya cuti untuk pulang
ke negara saya,” kata penyerang tinggi lampai itu.
Kudrat Marlon, yang kini mendahului senarai jaringan
dengan 14 gol selepas meledakkan dua hatrik berturut-turut ketika menentang
NS Betaria (7-0) dan MBJB (7-1) ditagih dalam tempoh penentuan buat ATM yang
akan bermula dengan perlawanan menentang Harimau Muda, Jumaat ini disusuli
Sime Darby Isnin minggu depan dan pencabar terkuat yang dipisahkan dengan
perbezaan gol, Pahang pada 15 Jun.
Meskipun dilihat sebagai pilihan utama untuk
mengungguli Kasut Emas musim ini, Marlon enggan meletakkan penghormatan bersifat
peribadi itu sebagai sasarannya sebaliknya mementingkan gelaran liga yang
diraih secara berpasukan.
“Ia (Kasut Emas) bukan sasaran saya. Apa yang penting
adalah persembahan sepasukan. Itulah yang kami mahukan dalam bola sepak.
“Kami kini berada pada tahap prestasi terbaik untuk
menghadapi ujian sukar yang bakal kami hadapi selepas ini.,” katanya.
|
May 7, 2012
MARLON ketepi perasaan rindu buat keluarga untuk julang ATM ke persada
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment