Penang
Panthers terus menghambat pendahulu carta mata Liga Sepak Takraw (STL) 2016,
Terengganu Turtles dengan kemenangan ketujuh, menewaskan Kedah Eagles 21-16,
21-16 namun satu pertembungan unik abang dengan adik terdahulu mencuri tumpuan
saingan minggu keenam, hari ini.
Si
adik, Norfaizzul Abd. Razak, 20, yang juga apit kiri ATM Guardians, mengatasi
abangnya, perejam Norhaffizi Abd. Razak, 23, dan Johor Tigris 21-17, 17-21,
21-19 dalam ‘Perang Saudara Divisyen Perdana STL selama 71 minit di Stadium
MPSJ, Serdang Jaya, Selangor itu.
Namun
kejayaan Guardians yang turut menampilkan tekong Nazmi Najib dan apit kanan,
Afifuddin Razali hanya mengekalkan mereka di tangga keempat carta di belakang
Kuala Lumpur Thunder walaupun terikat 10 mata kerana dibezakan dengan jurang
set (empat berbalas kosong).
Empat
pasukan teratas liga dalam pusingan kedua divisyen ini bakal mencerahkan
peluang masing-masing ke separuh akhir manakala dua yang berkedudukan corot
apabila saingan berakhir 18 Disember ini, berdepan penyingkiran ke Divisyen
Satu 2017.
Johor
Tigris (juga dengan Haidzir Rashid dan Lutfil Hadi Azmi) pula terus kempunan mata
liga sambil kekal di tangga keenam carta mata yang turut meletakkan mereka
kembali menghampiri zon penyingkiran yang kini dihuni Kelantan Warriors dan
Melaka Titans.
Sebaliknya
hanya 49 minit yang diperlukan Panthers untuk menghimpun 14 mata, empat mata di
belakang Turtles sekalipun menurunkan regu pilihan kedua mereka, tekong Mohamad
Fazil Asri sambil diapit Kamal Ishak dan Zaim Razali.
Kedah
Eagles (Asrah Adenan, Shahrol Nizam Romli/Ali Alhamidi Ayob dan Zuleffendi
Sumari) pula semakin suram dengan kekalahan keenam ini dan yang kedua
berturut-turut pada minggu ini setelah dibenam Thunder semalam.
Perak
The Bos Gaurus kekal sebagai teraju Divisyen Satu STL 2016 bagi saingan minggu
kedua sekalipun Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) A berjaya menewaskan
Putrajaya 21-14, 14-21, 21-12, semalam.Kedua-duanya
kini terikat lapan mata dengan empat kemenangan tetapi jurang tipis set menang
dan set kalah, tujuh berbanding enam menafikan hajat regu kebangsaan itu untuk
mengambil alih teraju selepas menyandangnya bagi minggu pertama lalu.
Namun
PSM A (tekong Idham Sulaiman/Said Ezwan Said De, perejam Ridaudin Ghani dan
pengumpan Safarudin Abu Bakar diheret sehingga 94 minit sebelum mampu
menggenggam dua mata liga oleh Dzulfajri Norsal/Nasiruddin Manjur Ahmad, Putra
Aidil Israfil Kamaruzaman/Muslim Mohammad dan Zulkarnain Arif.
Jurulatih
PSM A, Rashidi Nordin berkata, “set kedua berpihak kepada lawan yang memasukkan
Nasiruddin dengan servis kidalnya yang mempunyai variasi membawa banyak mata.
Kami juga menukar tekong dan hanya dalam set ketiga, mampu mengimbangi lawan.
“Rejaman
apit kanan kami, Ridaudin pula kerap mampu ditangkis tekong dan apit kiri
lawan, Zulkarnain yang berpengalaman,” katanya yang lega kerana tetap meraih
dua mata dalam pertarungan sengit itu biarpun terpaksa akur kepada Bos Gaurus
yang terus menerajui carta.
Stadium
MPSJ, Serdang Jaya, Selangor turut menyaksikan lonjakan satu lagi pasukan
pilihan, Selangor (Shafiq Sharif, Shafirul Nizam Zainal dan Muqlis Borhan) ke
tangga ketiga carta dengan mengumpul enam mata setelah menewaskan Sarawak
21-15, 21-11dalam tempoh 38 minit.
Selangor
turut terikat enam mata dengan PSM B dan Negeri Sembilan The Jangs tetapi
mempunyai jurang mata menang dan mata kalah yang lebih besar, 30 berbanding
kedua-dua pencabar (17 dan 14) di tempat keempat dan kelima itu.
Regu
‘adik’ PSM B (Iskandar Zulkarnain Salim, Nazirul Akmal Rahman dan Hidayat
Rashid Daud yang semalam dibenam Putrajaya, bangkit merangkul kemenangan ketiga
mereka apabila menumpaskan Sabah (Radzi Awang, Jaxon Amputong dan Daut Amba)
21-17, 21-12.
Perlis
turut menyertai paras pertengahan carta dengan kemenangan keduanya setelah
menewaskan Labuan yang diwakili pemain pelapis kebangsaan 21-19, 21-15 sekali
gus mengumpul empat mata, terikat dengan Putrajaya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
KEPUTUSAN:
Ahad
(20 November 2016):
Liga
Ekspres Perdana Sepak Takraw (STL):
ATM Guardians kalahkan Johor Tigris 2-1
(21-17, 17-21, 21-19)
Penang Black Panthers
kalahkan Kedah Eagles 2-0 (21-16, 21-16)
--> -->
No comments:
Post a Comment