MEMASUKI titik pertengahan musim Liga Perdana, pengendali Angkatan Tentera Malaysia, B Sathianathan berhak berbangga dengan kedudukan pasukannya yang mengungguli saingan selepas mengharungi 11 perlawanan.
Dengan rekod lapan kemenangan dan satu seri hasil jentera serangan yang sudah menyumbangkan 29 gol dan pertahanan yang hanya bolos lapan gol, ia pastinya statistik yang memberikan petanda baik menjelang separuh masa kedua musim yang bakal menyingkap tirai pada Jumaat ini.
Tetapi umpama perlawanan bola sepak yang berlangsung 90 minit, tiada gunanya sesebuah pasukan menguasai saingan separuh masa pertama hanya untuk kecundang pada babak kedua.
Jika dikaitkan dengan ATM, Sathia sudah pasti tidak mahu anak buahnya dibuai lena kerana apa yang penting adalah keputusan pada wisel penamat dan dalam erti kata matlamat jangka panjang, gelaran Liga Perdana pada akhir musim.
Kemunculan pencabar hebat seperti Pahang yang ketinggalan hanya dua mata, seharusnya menyedarkan pemain supaya tidak bersikap sambil lewa dalam mengharungi baki 11 perlawanan, bermula dengan pertembungan menentang Polis di tempat sendiri, Jumaat ini.
Sungguh pun pemerhati menyifatkan Liga Perdana sebagai saingan yang tidak sesukar Liga Super, hakikatnya tiada satu pun yang boleh dipandang enteng melihatkan keupayaan Pos Malaysia mencalar aib ATM – kekalahan pertama ATM Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya dua minggu lalu.
Penjaga gol, Mohd Farizal Haron dilihat kebal mengawal gawang ATM namun perlu berhati-hati agar tidak mengulangi kesilapan yang membuka ruang kepada lawan seperti yang disaksikan ketika kekalahan pertama ATM menentang Sime Darby.
Pertahanan yang diketuai tonggak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Radzak serta Amiridzwan Taj Tajudin dan Azmi Muslim perlu mengekalkan fokus di tahap maksimum dengan kehadiran pertahanan kanan, A Varanthan di sayap banyak membantu menjana serangan dengan gerakan overlapping.
Varanthan yang sudah meledakkan dua gol sehingga kini, menjelmakan gol pembukaan ATM menentang Polis tempoh hari dengan hantaran lintangnya ditanduk Marlon Alex James.
Kelibat Bruno Sebastian Martelotto di bahagian tengah ditagih dengan pemain import Argentina itu terkenal dengan kerajinannya menyelusuri segenap pelosok padang dibantu gandingan tempatan Rezal Zambery Yahya atau Danial Fazly Abdullah.
Kepulangan Marlon ke pangkuan ATM dua minggu lalu jelas perkhabaran ceria buat ATM yang merindui sentuhannya di depan gawang. Jaringannya minggu lalu ke atas Polis membuktikan deria menghidu gol masih belum pudar dengan ia adalah petanda baik buat baki musim akan datang.
Namun, ATM bukannya pasukan yang mengharapkan seorang pemain semata-mata dengan Hairuddin Omar atau lebih mesra disapa Hai-O menggalas tanggungjawab untuk memburu gol buat ATM dengan ketua pasukan itu kini bergelar penjaring terbanyak dengan sembilan gol.
Tidak dilupakan peranan supersub, Christie Jayaseelan yang muncul wira dalam pertemuan menentang Pahang dan Korporal Venice Elphi Danny Kaya, dengan larian lajunya kerap memporak perandakan pertahanan lawan, kualiti yang memikat jurulatih kebangsaan, B Sathianathan untuk menyenaraikannya dalam skuad Harimau Malaya bagi menghadapi misi mempertahankan Piala AFF di tempat sendiri akhir tahun ini.

No comments:
Post a Comment