Mar 10, 2010

WHAT'S NEXT MR PRESIDENT

This morning I called a couple of people and I was told that the financial arrangements for Harimau Muda to be in Slovakia was personally done by HRH Sultan Haji Ahmad Shah. I was also told that the finance committee approved the budget that was tabled by the secretariat. I have been in contact with a few high ranking officials of FAM who spoke the same language. The best thing for FAM to do is come open with expenditure and budget for the team in Slovakia.

Many people are saying there is a third party involved and many more rumours which could be true or false, but nevertheless it is best that FAM tells the public how much did this exercise cost.

I also wonder why NSC and Sports Ministry are keeping mum about this matter? Maybe they know something we don't, so NSC and Sports Ministry who have gone for their "Lawatan Sambil Belajar" can you enlighten us... Thank You ...

Read Harian Metro take here.


TIDAK jelas dengan kedudukan Harimau Muda A yang bersaing dalam Liga Satu Slovakia ketika ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah mengarahkan Penolong Setiausaha Agung badan induk itu, Ahmad Fuad Daud menghadap hari ini.


Perjumpaan mengejut itu dibuat selepas Arena Metro semalam mendedahkan 14 perlawanan yang diharungi skuad bawah 21 tahun bimbingan jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah itu sekadar perlawanan persahabatan dan tidak menawarkan mata kepada pihak lawan.


Maklumat itu diperoleh daripada Pengurus Komersil kelab Slovakia MFK Ruzomberok, Michal Mertinyak yang turut mendakwa FAM membayar segala perbelanjaan kepada semua kelab Slovakia yang terbabit dalam perlawanan persahabatan itu.


Apa yang dinyatakan Mertinyak itu berbeza dengan apa yang dimaklumkan FAM sebelum Harimau Muda A berangkat ke Slovakia pertengahan bulan lalu bahawa skuad negara mengharungi perlawanan kompetitif dengan menyertai Liga Satu Slovakia apabila menggantikan kelab ZP Sport Podbrezova yang menarik diri.


Menurut sumber, Ahmad Fuad dipanggil menghadap bagi mewakili Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang kini berada di Slovakia untuk menceritakan perkara sebenar kepada Tuanku.


“Saya difahamkan Presiden (Sultan Ahmad Shah) meminta Datuk Azzuddin datang menghadap untuk menjelaskan perkara sebenar berhubung status pasukan Harimau Muda A kepada baginda yang terkejut apabila mengetahui FAM kena bayar kepada pihak lawan untuk mengadakan 14 perlawanan di Slovakia.

“Malah Sultan juga tidak tahu perlawanan yang membabitkan Harimau Muda A tidak menawarkan mata kepada pihak lawan,” kata sumber itu.


Ahmad Fuad yang dihubungi mengesahkan beliau akan menghadap Sultan Ahmad Shah hari ini.


“Memang benar saya akan menghadap Tuanku untuk menjelaskan isu Harimau Muda A esok (hari ini),” jawabnya ringkas.


Sementara itu, Azzuddin sekadar memberitahu: “Saya sibuk” dan terus mematikan telefon bimbit ketika diminta mengulas lanjut mengenai isu berkenaan.

Sebelum itu, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), beliau tidak menjawab dakwaan Mertinyak itu, sebaliknya hanya menganggap program mereka untuk mendapatkan perlawanan bagi Harimau Muda A berjaya.


“Tidak ada apa yang percuma dalam dunia ini, saya sudah maklumkan sebelum ini kami membayar yuran penyertaan sama seperti pasukan lain yang menyertai liga itu dan apa pihak penganjur liga itu mahu buat dengan duit itu, bukan urusan kami.


“Apa yang penting Harimau Muda A dapat bermain dengan pasukan Liga Satu Slovakia. Pasukan negara mendapat saingan kompetitif, pendedahan serta pengalaman yang mereka dapat tidak boleh dibeli. Tidak ada negara Eropah lain yang mahu pasukan dari negara menduduki ranking ke-146 dunia beraksi dalam liga mereka.

“Kita sepatutnya berterima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Slovakia. Beberapa kelab juga menawarkan tempat untuk pemain negara. FAM perlu melakukan sesuatu meningkatkan pasukan ini kerana Harimau Muda A akan mempertahankan emas di Sukan Sea 2011,” katanya.

4 comments:

  1. “Tidak ada apa yang percuma dalam dunia ini, saya sudah maklumkan sebelum ini kami membayar yuran penyertaan sama seperti pasukan lain yang menyertai liga itu dan apa pihak penganjur liga itu mahu buat dengan duit itu, bukan urusan kami.

    ULASAN:

    Kita bersetuju bahawa, memang tiada apa yang percuma. Nak kencing pun dah kena bayar. Tapi mengapa tidak kaji terlebih dahulu 'yuran penyertaan' itu merangkumi bayaran apa? Juga jangan bongkak menyatakan "Kami bukan bodoh sangat..."
    Tiada orang yang nak mengaku bodoh...

    ***************************************

    “Apa yang penting Harimau Muda A dapat bermain dengan pasukan Liga Satu Slovakia. Pasukan negara mendapat saingan kompetitif, pendedahan serta pengalaman yang mereka dapat tidak boleh dibeli. Tidak ada negara Eropah lain yang mahu pasukan dari negara menduduki ranking ke-146 dunia beraksi dalam liga mereka.

    ULASAN:

    Apa masalahnya jika membenarkan pasukan yang berada di ranking corot sekalipun jika semuanya dibayar? Contohnya, Malang FC dari Papua New Guine yang berada di ranking corot 203 ingin bermain dalam Liga M menggantikan salah sbuah pasukan yang menarik diri dan menjadikan Pulau Bidong sebagai gelanggang rasmi mereka. Semua perbelanjaan pasukan lain ke Pulau Bidong akan dibiayai oleh pasukan Malang FC. Tentu FAM akan bersetuju menerima kedatangan Malang FC... paling koman pun, dapat melengkap jadual perlawanan yang dikosongkan oleh pasukan yang menarik diri itu.

    **********************************************

    “Kita sepatutnya berterima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Slovakia. Beberapa kelab juga menawarkan tempat untuk pemain negara. FAM perlu melakukan sesuatu meningkatkan pasukan ini kerana Harimau Muda A akan mempertahankan emas di Sukan Sea 2011,” katanya.

    ULASAN:

    Hat ni kita setuju dengan FAM. Orang berbudi kita berbahasa... Cuma yang tak syoknya, kita menipu orang lain. Tu jer....

    ReplyDelete
  2. Good to have you back, it is about time bloggers make an impact since the local media are too afraid to go against the tide. Congratulations on your IMC lecture series in UKM and USM recently indeed it was very refreshing. Am I looking at Dr Christopher Raj in the making... See you soon bro .. God Bless

    ReplyDelete
  3. kosmo 11 mac 2010...

    "Apabila saya pulang ke tanah air nanti, saya akan memohon penjelasan daripada pihak akhbar terbabit dan jika ia tidak memuaskan, Tuanku mahu kita (FAM) mengambil tindakan undang-undang," kata Azzuddin yang kini berada di Slovakia.


    SAMAN JANGAN TAK SAMAN. BUDAYA SAMAN MENYAMAN MEMANG BUDAYA 1MALAYSIA

    ReplyDelete
  4. Referee takmo saman FAM ka? dengarnya elaun ref masih belum dibayar sejak permulaan liga. Jangan saman la ref... pinjam sama along pun boleh kalau wang tadak.

    ReplyDelete