Mar 9, 2010

HONESTY & INTEGRITY.. THATS ALL WE NEED

My sincere apologies for not updating my blog, I have been quite busy with the prayers for my late grandfather.

Harian Metro published a story today about "Raja Lawak Di Slovakia" Read here . Indeed it is an interesting piece. I was told FAM executive committee was briefed and the finance committee agreed on the budget that was presented by the team and secretariat. I am also certain that the National Sports Council and Ministry of Sports gave their blessings for this project. Can NSC , Ministry of Sports and FAM tell the public what is the actual cost of this exercise.

UNGKAPAN ‘Tipah Tertipu Lagi’ sesuai ditujukan kepada skuad Harimau Muda A. Sama ada disedari atau tidak jurulatih atau pemain skuad bawah 21 tahun itu sebenarnya ‘dikenakan’ majikan sendiri iaitu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan misi ke Slovakia.

Saingan kompetitif Liga Satu Slovakia yang dibangga-banggakan FAM serta peminat bola sepak tempatan sebenarnya palsu semata-mata.

Sebaliknya dua perlawanan diharungi Harimau Muda A setakat ini termasuk baki 12 perlawanan lagi bukannya perlawanan liga tetapi sekadar perlawanan persahabatan. Perkara ini terbongkar apabila Pengurus Komersil kelab Slovakia MFK Ruzomberok, Michal Mertinyak mengesahkan bahawa perlawanan antara kelabnya dengan Harimau Muda A Sabtu lalu adalah perlawanan persahabatan yang tidak memberi sebarang mata dalam liga sekali gus bercanggah dengan apa yang dijelaskan FAM kepada pihak media tempatan sebelum ini.


“Perlawanan Malaysia U21 (Harimau Muda A) dengan MFK Ruzomberok B hanyalah perlawanan persahabatan jadi MFK Ruzomberok B tidak mendapat mata dari perlawanan itu,” jelasnya ringkas menerusi kiriman e-mel semalam.


Kenyataan ini dilihat tidak boleh disangkal memandangkan nama Harimau Muda A yang beraksi menggantikan kelab ZP Sport Podbrezova bagi menghabiskan baki 14 perlawanan kelab itu yang menarik diri, masih tiada dalam senarai kedudukan terkini liga di laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Slovak (SFZ) serta dalam laman web pasukan lain yang bertanding.


Ini membuktikan pemergian Harimau Muda A sebenarnya bukan atas tiket menyertai liga itu tetapi sekadar mengisi kekosongan masa pasukan yang tidak beraksi kerana penarikan diri ZP Sport Podbrezova.

Sedangkan apa yang dikhabarkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sebelum ini bahawa lawan pasukan negara akan mendapat mata pada setiap perlawanan ‘kompetitif’ di kaca mata badan induk bola sepak tanah air itu.


Malah lebih mengejutkan, FAM tidak keberatan melabur sejumlah wang yang besar apabila membayar semua perbelanjaan kelab Slovakia bagi setiap perlawanan persahabatan itu.

Sedangkan Azzuddin sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa FAM bukan bodoh menanggung perbelanjaan pasukan yang akan bertemu dengan Harimau Muda A sepanjang lebih tiga bulan berada di sana.


“Maklumat yang saya terima, Malaysia (FAM) membayar perbelanjaan kelab-kelab Slovakia yang terbabit dalam perlawanan persahabatan itu. Saya tidak mendapat maklumat terperinci mengenai jumlah bayaran yang dikenakan kerana perjanjian itu diuruskan Kesatuan Kelab-Kelab Liga Slovakia (ULK),” katanya.


Harimau Muda A berpangkalan di Vion, Slovakia, sejak 21 Februari lalu dan mengharungi perlawanan ‘liga’ pertama dengan Sala yang berkesudahan memihak kepada pasukan lawan 4-1 dan kemudian tumpas 2-0 di tangan MFK Ruzomberok B Sabtu lalu.


Skuad itu yang menjuarai Liga Perdana musim lalu dihantar ke Slovakia selepas mereka diibaratkan oleh Azraai seperti merempat di bumi sendiri kerana tidak dibenarkan beraksi dalam Liga Super musim ini.




7 comments:

  1. Dulu dah kena tipu dgn Zimbabwe, sekarang Slovak pulak.
    FAM oh FAM, Apa alasan mu sekarang?

    ReplyDelete
  2. PETALING JAYA: There will be no points awarded to the Harimau Muda (Under-21) team when they compete in the Slovakian Division One.

    But, at least, they will be assured of competitive matches in the second tier of the Slovakian League.

    Football Association of Malaysia (FAM) secretary-general Datuk Azzudin Ahmad said yesterday that the other teams in the league would be awarded points in their matches against Harimau Muda.

    The Malaysian Under-21 team’s inclusion in the Slovakian League was made possible after RU Sport Podbrezova pulled out.

    However, Azzudin said the players would be rewarded by the FAM if they win matches in Slovakia.

    “There will be some sort of incentives given out to the players if they perform well,” he said.

    The team will depart for Vienna, Austria on Sunday morning (2am) before moving on to Vion, their home ground in Slovakia.

    Twenty-five players have been listed for the four-month stint. together with head coach Mohd Azraai Khor Abdullah and two other coaches.

    They will play 14 matches in the 12-team Slovakian Division One, the country’s second tier league.

    The league is now in winter break with 18 out of 33 round of matches completed.

    Coach Azraai acknowledged that it might be difficult for the players to perform at the optimum level when there’s nothing to play for in a foreign country.

    He, however, preferred to look on the positive side.

    “Putting up good performances is vital for the players even though they won’t be playing for points. But they must also remember that their opponents will be going all out to grab full points in every match,” said Azraai.

    “The players must also remember that their mission in Slovakia is a chance for them to strengthen their spots in the team.

    “If they don’t perform well there, they may be dropped.”

    Azraai’s team, who are being prepared to defend the SEA Games gold medal in Indonesia next year, will also play in international friendlies during their stint in Slovakia.

    They are slated to play against the national Under-21 teams from Austria, Czech Republic, Hungary and Poland - mystar online

    ReplyDelete
  3. Nothing surprises anymore. What you expect from a bunch of Morons.

    Who actually runs FAM, the President or the 2 little Napoleons. Its high time Tuanku Sultan do a clear out and put accountability, respect and efficiency back into FAM.

    ReplyDelete
  4. Orang yang gagal merancang itu sebenarnya merancang untuk gagal....

    ReplyDelete
  5. You tulis la apa saja... Fam tetap tidak akan mahu mengaku salah. Zimbabwe yang terang-terang menipu kita hidup-hidup pun FAM tetap tak mahu mengaku silap....

    ReplyDelete
  6. DAH AGAK LAMA DAH.....

    MatRock said....

    DAN akhirnya pasukan Harimau Muda berjaya juga menyertai 'pertandingan' di Slovakia.
    Namun begitu, timbul pertanyaan apakah penglibatan HM di Liga 1 Slovakia itu merupakan 'pertandingan sebenar' atau sekadar melengkapkan jadual perlawanan bagi mengisi kekosongan salah sebuah pasukan yang (mungkin) menarik diri?
    Melalui laman web www.futbalsfz.sk, Liga 1 Slovakia ini disertai oleh 12 buah pasukan dan format pertandingan bermain 3 pusingan yang menjadikan keseluruhan jumlah bermain 33 kali.

    Liga 2009/2010 telah bermula pada 11 julai 2009 dan berhenti rehat pada 28 Nov 2009 sebelum disambung semula pada 27 Feb ini dengan HM dilaporkan akan menyertai pasukan-pasukan lain menyambung saingan pusingan kedua Liga tersebut.
    Salah sebuah pasukan iaitu ZP Sport Podbrezova tidak permah bermain walaupun 1 perlawanan sejak permulaan liga kerana mungkin telah menarik diri setelah jadual dikeluarkan. Kekosongan inilah yang mungkin akan diisi oleh HM.
    jika benar, persoalannya di sini, apakah perlawananan yang melibatkan HM akan diambil kira dalam penentuan mata kemenangan buat pasukan lain kerana bukan semua pasukan akan bermain menentang HM bagi baki pusingan ke-2 yang tinggal 6 atau 7 perlawanan?
    (8 asukan telah bermain 17 kali dan 3 pasukan bermain 18 kali sementara ZP Sport Podbrezova belum pernah bermain)

    Nak bagi senang faham, contohnya macam ini....katakanlah Myteam menarik diri setelah jadual dikeluarkan. Semua perlawanan yang melibatkan Myteam diteruskan tetapi tanpa diberi walkover kpd pasukan lawan.
    Setelah 6-7 perlawanan berlangsung, katakan lah pasukan Singa Malaya dibawa masuk untuk menggantikan Myteam bagi baki 6 games pusingan pertama dan 13 games second round. Apakah kiraan mata akan diambilkira kerana hanya 6 pasukan yang sempat bertemu Singa Malaya di pusingan pertama ini sementara 7 pasukan lain sudah 'terlepas'?

    Kemungkinan-kemungkinan bahawa penyertaan HM di Liga Slovakia hanya berupa perlawanan persabahatan yang keputusannya tidak diambil kira dalam carta liga tidak boleh diketepikan jika benar HM dijemput hanya untuk menggantikan pasukan ZP Sport Podbrezova ini....http://rizalhashim.blogspot.com/2010/01/heat-on-shabery.html

    February 1, 2010 10:03 AM

    ReplyDelete
  7. Memang dari dulu lagi kita tertanya-tanya bagaimana caranya pihak penganjur mahu memberi mata kepada pasukan yang menang melawan Harimau Muda? Sebagai contoh, katakan lah pasukan Pahang telah menarik diri dari Liga M setelah mengharungi 7 perlawanan. Pasukan Tok Gajah FC dijemput masuk untuk menghabiskan jadual perlawanan pasukan Pahang yang masih berbaki 6 perlawanan.
    Tidak masuk akal langsung kalau 6 pasukan itu akan diberi mata jika menang dengan Tok Gajah FC. Ini kerana 7 pasukan lagi tidak berpeluang bermain melawan Tok Gajah.
    Jadi, di mana logiknya para bijak pandai di Kelana Jaya itu boleh memutar belitkan fakta?

    ReplyDelete