Mar 12, 2010

TELL US MORE MR AMBASSADOR

FORMER FAM General Secretary Datuk Seri Dr Ibrahim Saad spoke to Harian Metro about his views on Harimau Muda in Slovakia. Maybe Datuk Seri can enlighten us about Slovakia and the agent Miro. During his tenure as FAM General Secretary, FAM engaged the services of Miro to send the teams over. Maybe Datuk Seri can tells us how much they spent then... That might help. Read his comments here

BEKAS Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr Ibrahim Saad (gambar) berharap FAM tampil menjelaskan kedudukan sebenar dan bukannya terus berdolak-dalik mengenai kedudukan sebenar Harimau Muda A yang mengambil bahagian dalam Liga Satu Slovakia ketika ini.

Beliau berkata, apa dilaporkan Arena Metro sebelum ini bukannya mempertikaikan mengenai program pendedahan dilakukan FAM, sebaliknya ingin mendapatkan penjelasan sebenar status perlawanan diharungi skuad bawah 21 tahun negara itu yang didakwa hanyalah perlawanan persahabatan.


“Saya yang mengikuti isu Harimau Muda A ini sudah naik pening, bila pegawai FAM kata lain, pentadbiran kata lain. FAM kena telus, beritahu perkara sebenar sama ada perlawanan Harimau Muda A di Slovakia perlawanan persahabatan atau perlawanan kompetitif liga kerana bukan soal pendedahan dipertikaikan, tapi status perlawanan itu.


“Kenapa sebelum ini mahu gembar-gemburkan bahawa ia perlawanan liga, seolah-olah satu kehebatan. Kenapa susah sangat mahu mengaku sejak dari awal yang itu hanyalah perlawanan persahabatan, tidak ada salahnya sekiranya itu perlawanan persahabatan. “Ia juga satu pendedahan yang baik, tidak perlu berselindung kerana ketelusan itu penting. Saya tahu bukan mudah untuk mendapat peluang pendedahan, tapi biarlah beritahu hal sebenar, janganlah beri harapan tinggi,” katanya ketika dihubungi semalam.


Selepas isu mengenai status kedudukan Harimau Muda A dalam Liga Satu Slovakia dipertikaikan, sehingga kini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum memberi jawapan tepat sejauh mana kebenaran dakwaan itu.


Apa yang cuba dilakukan badan induk bola sepak tanah air itu adalah mengalih persoalan sebenar dengan membicarakan soal pendedahan dan bukannya menyatakan pendirian sama ada 14 perlawanan diharungi skuad bawah 21 tahun itu saingan kompetitif liga bagi menangkis dakwaan Pengurus Komersil MFK Ruzomberok, Michal Mertinyak bahawa perlawanan kelabnya dengan skuad negara Sabtu lalu adalah perlawanan persahabatan yang tidak menawarkan sebarang mata buat mereka.

Malah, dakwaan itu dikuatkan dengan laporan akhbar bahasa Inggeris kelmarin, memetik kenyataan Pengarah Kejohanan Kesatuan Kelab Liga Slovakia, Peter Dedik yang mengesahkan perlawanan membabitkan Harimau Muda A hanyalah perlawanan persahabatan.


Walhal sebelum skuad negara ke Slovakia pertengahan bulan lalu, FAM memberitahu skuad kendalian jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah itu mengharungi perlawanan liga kompetitif yang menawarkan mata jika menang atau seri.


Ibrahim yang memegang tugas itu selama tiga tahun bermula 2005, berkata program kerjasama dengan Slovakia bukan sesuatu yang baru kerana ia sudah direncanakan sebelum ini, namun FAM ketika itu belum mampu melaksanakannya.

No comments:

Post a Comment