Mar 22, 2013

GEMPUR ATM GEMPUR! Ayuh kuatkan semangatmu!



BERDEPAN diuji dengan pelbagai dugaan, ia tetap tidak akan melemahkan semangat pendahulu, Angkatan Tentera Malaysia untuk meneruskan cabaran dalam saingan Liga Super selepas Jawatankuasa Tatatertib FAM menjatuhkan hukuman penggantungan terhadap empat pemain berikutan pembabitan dalam insiden provokasi pada perlawanan pusingan pertama Piala FA menentang Selangor pada penghujung Januari lalu.

Difahamkan, kesemua pemain yang didakwa tidak dipanggil untuk membela dirinya sebaliknya Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang hari ini mengenakan tindakan penggantungan antara dua hingga empat perlawanan kepada Shukor Adan, G Jeevanantham, R Surendran dan Fitri Omar.
Menariknya, pemain Selangor, Afiq Omar yang dikatakan mencetuskan pergaduhan di atas padang sebaik tamatnya aksi 120 minit yang berkesudahan dengan kekalahan ATM menerusi sepakan penalti 3-2, dikatakan terselamat daripada sebarang hukuman berat.

Ketua pasukan, Hairuddin Omar yang menjadi watak yang menenangkan keadaan antara kedua-dua belah pemain pula dikenakan amaran keras.
Dengan penggantungan empat pemain ini, ATM berdepan kehilangan 7 pemain bagi perlawanan menentang Kelantan di tempat sendiri sebaik liga bersambung pada 29 Mac ini berikutan ketiadaan tiga pemain yang dilanda kecederaan dan penggantungan.

Bek kiri, Norfazly Alias terpaksa berehat sehingga enam minggu selepas disentak kecederaan tulang pipi pada perlawanan terakhir menentang Perak, Amiridzwan Taj Tajudin yang bergelut dengan masalah betis kanan sewaktu menyertai kem kebangsaan dan K Reuben yang digantung berikutan mengutip tiga kad kuning.

Keputusan JawatanKuasa Tatatertib FAM
1. Shukor Adan - Digantung 2 perlawanan, denda RM 1500, walaupun mengaku tidak bersalah.
2. Hai 0 - Amaran keras
3. G.Jeevanthan - digantung 3 perlawanan, denda RM 1000
4. R.Surendran - digantung 3 perlawanan, denda RM 1500.00
5. Mohd Fitri Omar - digantung 4 perlawanan, denda RM 1000.00

Penggantungan pemain bermula daripada perlawanan menentang Kelantan, 29 Mac ini

No comments:

Post a Comment