Sep 15, 2011

ARENA 802



Selepas lebih setahun diwujudkan, saluran sukan tempatan , Astro Arena (Saluran 801) terus mengorak langkah dan komited merancakkan lagi sukan negara ini dengan memperkenalkan saluran baru, Arena 802.

Pengenalan saluran sukan baru ini meneruskan tradisi Astro dalam terus menawarkan kandungan terbaik khusus buat peminat sukan tempatan untuk menikmati pelbagai aksi sukan secara langsung melalui saluran Astro Arena.
Pengurus Saluran Astro Arena, Venu Ramadass berkata, saluran baru ini boleh di tonton oleh peminat sukan tanahair hanya di hujung minggu di mana pertembungan masa siaran dan kejohanan yang padat yang di siarkan di Astro Arena.

“Ini adalah bukti komitmen kami untuk memenuhi keperluan kandungan sukan tempatan dengan menampilkan saluran khas ini bertujuan untuk menampung siaran langsung pelbagai kejohanan sukan berlangsung serentak .

“Sebelum ini Arena 802 di pancarkan buat pertama kali pada Julai lalu apabila menyiarkan siaran langsung Kejohanan sepak Takraw Piala Dunia (Istaf) 2011 dan kini Arena 802 ‘di hidupkan’ semula bagi memberi pilihan kepada peminat sukan untuk menikmati lebih tawaran siaran langsung yang di siarkan.

“Kehangatan Piala Malaysia yang membuka tirainya pada September dan beberapa kejohanan lain termasuk Liga Hoki Kebangsaan pada hujung minggu ini pasti menyemarakkan lagi minat orang ramai untuk mengikuti pekembangan sukan terbabit,”katanya.

Sabtu(17.9.2011) ini, siaran langsung saingan Piala Malaysia di antara Perak dan Sabah di saluran 801, disusuli Terengganu dengan Sime Darby FC secara tertunda juga di 801.

Serentak di 802 pula, perlawanan sumbangsih Liga Hoki Kebangsaan di antara KLHC dan TNB di 802 bermula 8.00 malam.

Keesokannya, Ahad(18.9.2011), kejohanan sepak takraw Utusan Malaysia zon tengah, separuh akhir 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dan akhir 4.30 petang hingga 6.00 petang secara langsung menerusi Grandstand Ahad di saluran 801, diikuti Kelantan lawan Sarawak dalam peringkat kumpulan Piala Malaysia bermula 8.00 malam.

Di saluran 802 pula, Kejohanan Bolasepak Freestyle Dunia dari jam 1.00 tengah hari hingga 4.00 petang disusuli Liga Hoki Kebangsaan di antara UiTM dan UniKL pada jam 6 petang dan Nur Insafi lawan YNS jam 8.00 malam.

No comments:

Post a Comment