May 29, 2009

PASUKAN KELANTAN DIBENARKAN BERMAIN SEMULA DI STADIUM SULTAN MOHAMAD KE-IV KOTA BAHRU SEBAGAI VENUE TUAN RUMAH.

Jawatankuasa Tatatertib FAM ke-13 yang bersidang pada 28 Mei 2009, telah membuat keputusan menarik balik pengantungan Stadium Sultan Mohamad Ke-IV Kota Bahru berkuatkuasa dengan serta-merta. Keputusan ini dicapai berikutan semakan semula hukuman yang dikenakan pada 10 April 2009 kepada Persatuan Bolasepak Kelantan.

Walaubagaimana pun Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM akan menetapkan syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh Persatuan Bolasepak Kelantan dalam masa yang terdekat ini sebelum bermulanya semula pertandingan Liga Super pada 16 Jun nanti dimana pasukan Kelantan akan menentang pasukan Perak UPB Myteam di Kota Bahru.

Pada insiden yang berlaku pada 7 April lalu semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala FA diantara Kelantan menentang Negeri Sembilan, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) telah didenda sebanyak RM100,000.00 diatas kejadian rusuhan oleh penonton dan penyokong.- Dikeluarkan oleh Jabatan Media FAM.

1 comment:

  1. Ini semua pasal rancangan selepas wisel minggu lepas la bro. 97peratus tak setuju dengan keputusan FAM, malu tahu tak. sekejap kata pergi ke court of arbitration lepas itu dibenarkan main .. apa macam ini ..

    ReplyDelete