May 29, 2009

MINTA MAAF FAM !

DID FAM SCREW UP IN BANNING KELANTAN FROM PLAYING IN KOTA BARU? IF IT’S WAS A MISTAKE THEN FAM OWES KELANTAN FA AND THE FANS AN APOLOGY!

JAWATANKUASA Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk membatalkan penggantungan Stadium Sultan Mohamad IV selepas mesyuaratnya, semalam. Ia bermakna Kelantan yang digantung daripada menggunakan gelanggang mereka sehingga ke penghujung musim bakal beraksi di depan penyokong mereka menentang UPB MyTeam pada 16 Jun ini. Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, mengesahkan keputusan itu, tetapi memaklumkan butiran lanjut mengenainya akan hanya diumumkan, hari ini.


Jawatankuasa Disiplin sudah membuat keputusan tetapi ianya akan dibincangkan dengan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM. Butirannya akan diumumkan esok (hari ini),” katanya. Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, turut mengakui ada mendengar keputusan itu, tetapi mahu terlebih dahulu mendapatkan kepastian daripada FAM.

“Saya ada dengar keputusan itu, dengan perlawanan pertama ialah menentang MyTeam. Tetapi saya mahu tunggu hitam putih daripada FAM terlebih dahulu,” katanya yang memilih untuk enggan mengulas lanjut.
Stadium Sultan Mohamad IV sebelumnya dikenakan penggantungan sehingga hujung musim ekoran insiden rusuhan penonton selepas tamat aksi separuh akhir pertama Piala FA di antara Kelantan dan Negeri Sembilan pada 7 April lalu. – BERITA HARIAN

3 comments:

  1. Ya FAM mesti minta maaf kalau mereka tersilap dengan hukuaman yang diberi ... jangan nak berdrama pulak FAM

    ReplyDelete
  2. Mereka yang buat keputusan ini, muka tak pernah nampak dalam stadium semasa perlawanan Liga M. Tapi bila MU atau Chelsea datang, satu keluarga turun padang dan duduk tempat V/VIP. Tak percaya tengok nanti bila MU di KL July ini.

    ReplyDelete
  3. Bro tanya sikit bila FAM nak bayar gaji ini, dah lambat la bro Kad Kredit belum bayar, sewa rumah belum bayar lagi. Kami bukan chairman sini dan sana untuk dapat elaun. Tolong sikit brader.

    ReplyDelete