Beberapa
hari lalu kita mendengar khabar anak kedua kepada pemain bola sepak Perlis,
Alafi Mahmud iaitu adik Adra Medina memerlukan sumbangan orang ramai bagi menampung
kos pembedahannya.
Adik Adra
yang menghidap penyakit jantung berlubang perlu menjalani pembedahan dengan
segera supaya dapat kembali pulih.
Semalam,
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyampaikan khabar yang
pastinya menggembirakan keluarga adik Adra apabila baginda berkenan untuk
menggunakan wang baginda sendiri sebanyak RM100,000 bagi menampung sepenuhnya
kos pembedahan adik Adra.
Tunku
Ismail bertitah baginda akan menyalurkan sendiri wang sebanyak RM100,000 terus
kepada Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) bagi memastikan pembedahan adik
Adra dapat berjalan dengan lancar.
Selain
itu, Tunku Ismail juga turut menitahkan doktor peribadi baginda untuk membantu
memantau keadaan adik Adra bagi memastikan kesihatan bayi yang baru berusia 49
hari itu sentiasa dijaga rapi.
Pembedahan
pertama adik Adra dijadualkan pada Sabtu ini dan kita semua pastinya mendoakan
supaya semuanya berjalan dengan baik. Menjunjung kasih Tunku Ismail atas
keprihatinan baginda serta orang ramai yang menghulurkan sumbangan bagi membiayai
pembedahan ini. Tuhan memberkati.
No comments:
Post a Comment