Bagi para penyokong Liverpool di Malaysia mahupun peminat bolasepak tempatan, ada 5 perkara mengapa kedatangan The Reds ke Malaysia ini sentiasa ditunggu-tunggu.
1) Peluang menyaksikan barisan pemain baru Liverpool beraksi.
Liverpool telah melakukan banyak transaksi pembelian demi memantapkan pasukan pada musim baru ini. Kehilangan ketua pasukan berkarisma, Steven Gerrard pastinya menjadi satu kehilangan besar namun The Kops mendapat tonik baru selepas hadirnya bintang baru seperti James Milner, Joe Gomez, Danny Ings dan yang peling penting, Roberto Firmino. Milner antara pemain City yang kerap mendapat Manuel Pellegrini sementara Gomez dan Ings adalah pemain muda England yang semakin meningkat naik. Firmino pula antara bintang di Bundesliga selain menjadi pilihan utama sebagai penyerang skuad samba Brazil di bawah kendalian Dunga.

2) Harimau Malaya Bernafas Baru
Walaupun perlawanan kali ini dibarisi gabungan pemain import dan pemain Malaysia, namun ketua jurulatih Dollah Salleh telah menegaskan bahawa selepas prestasi teruk dalam 2 perlawanan kelayakan Piala Dunia baru-baru ini, beliau akan memanggil pemain-pemain muda yang beraksi dalam Sukan SEA Singapura. Ini sudah semestinya menjadi nafas baru buat bolasepak negara apabila pemain berbakat besar Nuridzuan Abu Hasan dapat menunjukkan aksi di peringkat tertinggi bersama skuad senior.
3) Kedatangan Liverpool Ke Malaysia Menjanjikan Pesta Gol
Kali terakhir Liverpool hadir ke Malaysia adalah pada tahun 2011 dimana ketika itu dibawah kendalian Kenny Dalglish, The Reds menghasilkan 6 gol pada pertemuan dengan skuad kebangsaan. Malaysia juga tidak ketinggalan membalas gol dengan menjaringkan 3 gol sekaligus menyaksikan 9 jaringan dihasilkan pada pertemuan tersebut. Tidak mustahil kunjungan kali ini juga akan menghasilkan pesta jaringan gol di Bukit Jalil.
4) Aksi Import Terbaik Liga Super Menentang Liverpool
Seperti pertemuan menentang Spurs pada Mei, Dollah sekali lagi ingin menggunakan khidmat 5 orang pemain import namun kali ini dengan barisan yang berbeza. Nama-nama seperti Dickson Nwakaeme dan Chad Souza antara yang menjadi perhatian setakat ini. Aksi mereka di Liga Super sememangnya telah terbukti berkesan, bagaimana pula jika mereka berdepan bintang-bintang Liverpool ini? Apakah Sakho mampu mengekang Dickson?

5) Menyaksikan Liverpool Di Malaysia Adalah Alternatif Untuk Yang Tiada Kesempatan Ke Anfield
Sebagai peminat Liverpool, pasti menonton pasukan pilihan mereka di gelanggang kerammat iaitu Anfield menjadi impian yang ingin dilaksanakan. Namun begitu, tidak semua orang bertuah untuk merealisasikannya. Tiket penerbangan ke England sahaja sudah mencecah ribuan ringgit. Bagaimana pula dengan tiket perlawanan serta kos penginapan di sana? Itulah sebabnya kedatangan kelab-kelab luar ini memberi satu alternatif atau peluang buat peminat-peminat di Malaysia bagi menyaksikan sendiri pasukan kesayangan mereka beraksi dengan kos kewangan yang lebih berpatutan.

No comments:
Post a Comment