Dec 5, 2012

CHRISTIE enggan berkecil hati, sasar 10 gol bagi Liga Super 2013


DISISIHKAN daripada skuad kebangsaan Piala Suzuki AFF, pemain sayap kiri ATM, Christie Jayaseelan enggan berkecil hati sebaliknya menanamkan tekad untuk memikat perhatian pengendali Harimau Malaya pada musim 2012 yang bakal membuka tirai awal Januari ini.

Sumbangan pemain kelahiran Kajang berusia 26 tahun dalam kempen Piala Malaysia musim lalu pastinya akan terus dikenang apabila meledakkan gol dalam kemenangan 3-2 pada timbal balik pertama suku akhir berdepan Negeri Sembilan di tempat sendiri.

Ia adalah jaringan tunggal Christie pada kempen Piala Malaysia yang menyimpan pelbagai kenangan buat ATM yang mara buat kali pertama ke final di Bukit Jalil selepas 46 tahun.
Namun ia tidak cukup untuk meyakinkan pengendali kebangsaan, K Rajagobal untuk menyenaraikan penjaring liga ketiga terbanyak ‘The Gladiators’ dengan tiga gol meskipun memanggilnya buat julung kalinya bagi perlawanan persahabatan menentang Vietnam pada awal September.

Kini tumpuannya adalah 100% terhadap ATM dengan Christie mensasarkan untuk meledakkan 10 gol pada kemunculan pertama juara Liga Perdana itu pada pentas elit.
“Sudah pasti saya sedikit terkilan namun keputusan akhir terletak pada jurulatih. Apa yang saya mampu lakukan adalah untuk terus meningkatkan tahap persembahan saya pada musim akan datang.
“Sasaran saya pada musim ini adalah untuk menjaringkan 10 gol,” tambah Christie.

Keyakinannya terserlah selepas mendapat perkhabaran ketibaan R Surendran daripada Selangor yang bakal memperkuatkan jentera serangan ATM musim ini.
Selain Suren, muka-muka baru yang bakal menyarung jersi belang merah biru barisan bimbingan jurulatih terbaik Liga M, B Sathianathan antaranya tonggak berpengalaman, Shukor Adan, Norfazly Alias dan penjaga gol berpengalaman, G Jeevanantham.

“Saya menjalani latihan dengan mereka semalam dan kesemuanya menunjukkan keserasian meskipun Suren dan Norfazly baru saja menyertai pasukan.
“Diharapkan kami mampu mengekalkan persefahaman ini pada sepak mula kempen Liga Super 2013 yang akan datang,” tambahnya.

Sebagai rangka persiapan bagi menghadapi musi baru ini dengan mengadakan tiga aksi persahabatan di Thailand bermula 13 hingga 19 Disember  menentang Tentera Darat Thailand, Bangkok Club dan juara Piala FA Thailand, Burinam.


1 comment: