Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk
Azzuddin Ahmad ketika ini hangat dikaitkan sebagai calon utama untuk mengisi
jawatan Setiausaha Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF).
Jawatan itu ketika ini disandang oleh bekas Setiausaha Agung
FAM iaitu Dato’ Sri Paul Mony Samuel namun dengan tempoh perkhidmatan beliau
sudahpun tamat beberapa minggu lalu, serta keadaan kesihatan beliau yang tidak
begitu mengizinkan, ia hampir pasti beliau tidak akan melanjutkan perkhidmatan
dan nama Azzuddin menjadi sebutan seterusnya dikatakan calon paling layak untuk
mengisi kekosongan itu berikutan pengalaman beliau dalam arena bolasepak.
Untuk rekod, Azzuddin dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM
pada September 2007 menggantikan Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad dan sejak menjawat
jawatan berkenaan, beliau secara tidak langsung telah terlibat di dalam memacu
kegemilangan bolasepak tanah air antaranya menoktahkan penantian 20 tahun untuk
memenangi emas Sukan Sea apabila pasukan negara meraih emas di Laos 2009
menewaskan Vietnam dan pada tahun berikutnya muncul juara Piala AFF Suzuki buat
pertama kali menewaskan Indonesia.
Sebagai pemain, beliau pernah mewakili pasukan Angkatan Tentera
Malaysia dan menyarung jersi negara sekitar tahun 1970-an, merupakan anggota
skuad yang muncul naib juara Pestabola Merdeka pada 1972.
Keputusan akan dibuat dalam jangka masa yang terdekat, apa pun Presiden AFF Sultan Haji Ahmad Shah juga perlu dapatkan kata setuju dari majlis AFF.
Jai Ho pls talk to mike and bring him back to MHC asap coz slumberjack killing msian hoki and presiden reputation at stake. Main Hoki Cincai (MHC). collapseand is not like previous 3 years before when great mikey was there.
ReplyDelete